Memperbanyak koloni lebah boleh dilaksanakan dengan cara
memecah koloninya. Aktiviti ini biasa dilakukan pada musim dimana tumbuhan yang membekal makanan lebah sedang berbunga.
Pada masa ini lebah segar dan aktif kerana mempunyai bekalan makanan yang
banyak. Kegiatan ini dilakukan untuk menyediakan baka lebah untuk menambah lagi jumlah
koloni lebah.
Lebah yang sihat dan aktif dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan koloni yang dilakukan seminggu sekali. Faktor kebersihan haif perlu diutamakan terutama papan lantai haif lebih cepat kotor, perlu sentiasa dibersihkan untuk menghindari pembiakan hama dan penyakit. Pemeriksaan haif elok dilakukan pada waktu pagi . Pemeriksaan dilakukan secara berdiri di tepi kotak supaya tidak menghalangi lebah pekerja keluar masuk haif.

Teknik untuk memecah koloni lebah melifera ada beberapa cara, namun syarat asas
sebelum dilakukan pemecahan koloni antara lain, hendaklah dilakukan dalam cuaca yang lebih rendah
curah hujannya . Pada masa yang sama juga perlu banyak
bunga sedang kembang.
Koloni yang hendak dipecahkan hanya koloni lebah yang telah kuat dan setabil dengan haif yang sudah dipenuhi dengan komuniti lebah dengan lapan frame sarang lebah padat dan berisi penuh telur,larva dan pupa.

Terdapat empat teknik asas dalam kegiatan memecah koloni lebah seperti berikut :-
TEKNIK PERTAMA
Sediakan frame kom lebah yang mempunyai sel calon ratu lebah yang
akan menetas dalam masa 2 hari lagi. Untuk itu anda hendaklah mebuat calon
ratu lebah 10 hari sebelum anda memecah koloni.
Siapkan haif baru di sebelah haif asal yang hendak dipecah koloni dan masukkan lebah ratu pada haif baru, Setelah dipindahkan frame ratu, tambah tiga lagi frame yang mengandungan lebah menjadikan dalam koloni baru itu berisi empat frame dan pada haif asal juga tinggal empat frame.

Pasanglah fedder ( ia itu tempat memasukkan makanan tambahan lebah dalam haif) pada haif baru dan haif asal dan diisi dengan gula pasir 5
ons,dengan air sedikit agar basah. Setelah 2 hari proses pemecahan koloni , frame yang mempatkan calon ratu masih lagi berupa kepompung. Frame calon ratu tersebut hendaklah diletakkan di tengah-tengah haif .Biarkan calon ratu tersebut menetas,dan menjadi ratu baru untuk koloni
dalam haif yang baru tersebut.
Cara ini haif asal,dan haif baru akan memiliki ratu. Teknik ini berkesan kerana lebah yang dipindah pada haif baru hanya sedikit sahaj yang akan pulang semula ke haif asal walaupun letaknya bersebelahan.
TEKNIK KEDUA
Lebah ratu bagi haif baru yang dipindahkan atau dipecah diambil dari sumber luaran dengan cara membeli
lebah ratu daripada penternak lain, Pada kebiasanya lebah ratu diimpot dari Australia. Harga seekor lebah ratu ini biasanya mencecah RM.
Lebah ratu yang dibeli ini hendaklah diletakkan dalam kotak berjaring berukuran 3 x 2 cm bagi mengurung lebah ratu.
Lebah ratu yang dibeli ini hendaklah diletakkan dalam kotak berjaring berukuran 3 x 2 cm bagi mengurung lebah ratu.
Jika berjaya, ratu akan berkeliling tanpa diikuti lebah pekerja,lainnya, sebaliknya jika gagal, lebah ratu akan di gigit oleh banyak lebah pekerja. Jika ini berlaku anda mesti dimasukkan kembali ratu kedalam kurungan ,dan melepaskannya semula dalam masa 3 hari kemudian.
Ratu lebah perlu dikendali secara berhati-hati karena jika terjadi kecacatan lebah ratu akan dibunuh oleh lebah pekerja.
Pemecahan koloni ini perlulah dilakukan dalam keadaan koloni lebah kenyang .
TEKNIK KETIGA
Sekiranya
anda tidak memiliki kepakaran membuat lebah ratu dan tidak mahu membeli lebah
ratu dari luar, alternatifnya anda hanya memindahkan 4 frame lebah dari haif asal beserta dengan ratu ke haif yang baru. Haif baru yang dipecahkan akan berkembang kerana
mempunyai ratu.
Haif lama yang tinggal akan ketiadaan ratu untuk terus berkembang. Tanpa ratu dalam masa lebih kurang 2 bulan, lebah pekerja dan jantan yang mati tidak akan diganti dengan anak yang baru dan koloni ini akan pupus.

Haif asal dan haif baru perlu dipasang fedder bagi memberi makan tambahan untuk
menghindari lebah didalamnya kelaparan. Setelah 4 hari pemecahan koloni dibuat, lakukan pemeriksaan pada setiap frame dalam haif asal.
Pemecahan koloni berhasil bila dalam haif asal yang tanpa ratu, akan mempunya sel calon ratu baru yang berjaya dibuat oleh lebah pekerja. Bentuk sel calon lebah ratu adalah menonjol di antara sel sel lebah pekerja,samada berada di bawah atau di atas frame.
Biasanya
akan terdapat antara 2 hingga 10 sel lebah ratu. Keadaan ini berlaku bila
lebah pekerja akan membuat ratu baru jika dalam 24 jam tidak terdapat ratu di
dalamnya koloninya dalam usaha untuk meneruskan kehidupan dalam koloninya tidak akan pupus .
Setelah menetas lebah pekerja akan memilih ratu yang paling mereka sukai. Pada kebiasaannya ratu lebah yang pertama menetas akan dijadikan ratu,pada koloni ,dan calon ratu yang lainnya akan dibunuh oleh lebah ratu ataupun oleh lebah pekerja yang sudah mengetahui bahwa mereka sudah mempunyai ratu baru dalam koloni mereka.

TEKNIK
KEEMPAT
Terdapat penternak tidak akan memecahkan koloni lebah, melainkan koloni lebah itu benar-benar mantap dan memberi hasil yang baik serta dalam keadaan sedia untuk dipindahkan tanpa menjejaskan pengeluaran madu dan hasil sampingan yang lain.
Dalam masa empat bulan dari mula diternak, lebah mula mengeluarkan hasil dan berkembang biak hingga menjadi haif super dua tingkat beberapa bulan kemudian. Pada kebiasaannya dalam masa 9 bulan haif super telah berkembang menjadi tiga tingkat, yang mana tingkat ketiga telah sedia untuk dipecahkan menjadi koloni baru.

Koloni
lebah dibiar membiak terus sehingga berkembang menjadi haif super yang
mempunyai tiga tingkat haif. Bila
ketiga-tiga tingkat haif super telah dipenuhi oleh lebah, baru lah usaha memecahkan
koloni lebah dengan tingkat ke tiga haif akan diasingkan bagi menjadi koloni baru. Setelah
dipindahkan, keperluan lebah ratu dibuat melalui salah satu cara samada teknik
pertama, kedua atau ketiga sebagaimana di atas.
Kebaikan
cara ini ia lah koloni lebah yang ada betul-betul mantap barulah dipecahkan dan
tidak akan menganggu pengeluaran dan pengutipan madu lebah. Cara ini juga
dapat mengelakkan lebah yang baru dipindah lari meninggalkan koloninya.
Masa yang
diambil untuk memecah koloni lebah biasanya setelah 9 bulan mulai daripada lebah
diternak. Carai ini
juga mempunyai kebaikan yang mana koloni asal yang dipecahkan (haif super
tingkat satu dan dua) tidak terjejas dan terus mengeluarkan hasil, sementara
koloni baru (haif super tingkat tiga) dipecah dalam keadaan sudah teguh dan
mantap serta dapat mengeluarkan hasil dalam waktu yang singkat.
Teknik yang keempat ini juga selaras dengan motif ternakan lebah bagi mendapatkan madu lebah serta produk yang berkaitan dengannya. Tidak guna kita mempunyai banyak koloni lebah tetapi tidak teguh dan tidak memberi hasil yang baik.

Pls call, 0193332747
ReplyDelete