Bagi memulakan penternakan 10 koloni lebah kita memerlukan 10 buah haif standard(kotak perumahan lebah). Anggaran harga seunit haif standard ialah RM 200.00, jadi kos 10 unit haif standard ialah RM 2,000.00.
Apabila jumlah koloni lebah mulai besar, penternak memerlukan haif super, ia itu haif untuk menaikkan haif sediaada kepada dua tingkat bagi menampung jumlah lebah yang banyak. Anggaran harga satu unit haif super ialah RM 100.00. Jadi untuk 10 unit memerlukan kos RM 1,000.00.
haif super |
Setiap haif memerlukan 10 bingkai haif. Anggaran harga satu bingkai ialah RM 7.00, jadi kos satu kotak yang untuk pembelian haif ialah RM 70.00. Untuk 10 koloni lebah kos bingkai haif ialah RM 700.00. Bila bilangan lebah bertambah, jumlah kos yang sama diperlukan untuk membeli bingkai bagi haif super.
bingkai (frame) haif |
Pembelian baka lebah daripada pembekal berwibawa merupaan antara kunci kejayaan. Anggaran harga satu koloni lebah eropah melifera yang mempunyai seekor ratu dan 1.5 kg lebah pekerja ialah RM 1,000.00. Jadi untuk 10 koloni lebah memerlukan kos RM 10,000.00.
ratu lebah dikelilingi lebah jantan dan lebah pekerja |
Batu bata diperlukan untuk dijadikan tiang atau pelapik haif. Empat keping batu-bata diperlukan oleh setiap haif dengan anggaran harga RM0.50 setiap satu. Kos satu unit ialah RM 2.00, jadi untuk 10 unit haif penternak memerlukan kos RM 20.00.
Setiap haif memerlukan satu unit bekas makanan yang akan diletakkan makanan tambahan untuk menjamin lebah sentiasa mempunyai makanan yang mencukupi. anggaran harga satu bekas makanan ialah RM 10.00, jadi RM 100.00 diperlukan untuk membeli 10 unit bekas makanan.
frame bekas makanan tambahan - paling kanan
|
Satu unit topeng muka diperlukan untuk mengelak daripada gigitan lebah dengan anggaran harga RM 25.00. Satu unit pengasap dengan anggaran harga RM 135.00 diperlukan. Satu unit pemahat dengan harga RM 40.00 diperlukan. Satu unit berus lebah dengan harga RM 20.00 diperlukan.
Untuk tujuan mengeksrat madu, satu unit ekstraktor atau alat penggempar madu diperlukan dengan anggaran harga RM 1,300.00 disamping satu unit kontainer madu dengan harga RM 16 diperlukan.
Bagi menjamin lebah terus sihat dan berkembang biak, makanan tambahan perlu diberikan. Keperluan makanan tambahan lebih kritikal bila musim tengkujuh, musim bunga berakhir dan bila pintu haif lebah ditutup apabila kebun berdekatan disembur racun serangga dan racun kulat.
Untuk membuat makanan tambahan lebah, 200 gm pollen diperlukan bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga sekilo pollen yang biasa diimpot dari China ialah RM 65.00 satu kg.
makanan tambahan lebah |
Tepung soya membekalkan protein kepada lebah. Keperluan bulanan ialah sejumlah 200 gm tepung kacang soya bagi setiap haif. Anggaran harga tepung soya ialah RM 43.00 satu kg.
Gula pasir diperlukan sejumlah 400 gm bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga gula pasir sekitar RM 3.00 satu kg.
Ubat hama diperlukan satu paket setiap koloni sebulan. Anggaran harga racun hama yang boleh digunakan pada koloni lebah ialah RM 3.00 satu paket.
Ubat hama diperlukan satu paket setiap koloni sebulan. Anggaran harga racun hama yang boleh digunakan pada koloni lebah ialah RM 3.00 satu paket.
Ubat semut pula diperlukan satu paket setahun bagi setiap koloni, dengan harga RM 1.00 satu paket.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum ini, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pasir Putih, Kelantan, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum ini, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pasir Putih, Kelantan, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.
Untuk 10 haif ternakan lebah , boleh dijaga sendiri sebagai hobi atau sebagai kerja sampingan. apabila jumlah koloni lebah mencecah 50 haif, bolehlah mengaji seorang pekerja secara tetap.
salam tuan...tuan jual koloni lebah ka?
ReplyDeleteDi mana blh saya beli alatan2 penjagaan lebah juga makanan2 tambahan utk lebah2 nanti?
ReplyDeleteKalau saya berminat mahu membeli koloni lebah, siapa yang boleh saya hubungi?
ReplyDeleteTuan-tuan boleh google honeyfera, berada di linggi & membekalkan koloni lebah beserta haif sekali (pakej)
ReplyDeletesaya baru berkursus dgn dia pada 21/12/19 y lalu