Anda boleh mulakan ternakan lebah sebagai hobi dengan dua kotak perumahan lebah atau dalam istilah sebenar dipanggil haif. Lebah Melllifera merupakan lebah yang jinak dan berhasil tinggi. Lebah ini sesuai diternak di halaman rumah.
Malahan di Bandaraya Kuala Lumpur terdapat penghuni rumah kondo tingkat atas yang menternak lebah di varandah rumah yang sempit. Lebah hidup dengan baik tanpa mengganggu penghuni. Di musim pokok-pokok landskap yang ditanam oleh Dewan Bandaraya berbunga akan memberi madu berasaskan bunga berkenaan. Contohnya bunga yellow flame, gelam, nektar akasia dan lain-lain.
Untuk memulakan aktiviti, pilih kawasan halaman rumah yang sesuai iaitu kawasan yang kering. Pintu petak perumahan lebah atau haif tidak menghadap ke lorong pejalan kaki, Tidak menghala ke rumah jiran, juga tidak ditempat haiwan peliharaan bermain.
Elok petak perumahan lebah atau haif diletak ditepi pagar dan pintunya menghala ke pagar. Walaupun pintu menghala ke pagar lebah tahu menyesuaikan diri untuk keluar masuk haif.
Seterusnya video berikut menerangkan teknik menternak lebah di halaman rumah.
No comments:
Post a Comment