Tujuan pengurusan koloni lebah ialah bagi mendapatkan madu lebah serta lain-lain produk sampingan seperti bee pollen, royal jeli dan sebaginya. Produk madu lebah dikawal oleh undang-undang Malaysia ia itu Akta Makanan 1983 (Akta 121) serta Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. - Hubungi kami di : rosellebeefarm@gmail.com

Sunday, 30 November 2014

PENGURUSAN KOLONI LEBAH

Pengurusan di luar koloni terdiri dari sumber makanan daripada pokok hutan dan tanaman perladangan dan kebun pekebun kecil.

pohon akasia mangium
ladang belimbing

bunga roselle


hutan akasia mangium
hutan gelam

Sumber air penting dan diperlukan oleh lebah untuk mencairkan makanan anak lebah (brood food) serta dalam membantu mengawal suhu haif. Sumber air semulajadi dari sungai dan parit. Sekiranya berjauhan dari sumber air semula jadi bleh sediakan bekas dan takungan air.


koloni lebah super

 Sumber perosak dan penyakit berpunca daripada peralatan yang tidak sesuai, haif yang kotor dan lama dan kom terpakai. Sumber perosak lebah madu ialah serangan tebuan, dimakan oleh burung pemburu lebah dan kutu lilin.

Gangguan haiwan ternakan dan manusia boleh merosakkan koloni lebah disamping , masalah kecurian dan bencana.

Pengurusan dalam koloni lebah terdiri daripada :-

Populasi lebah supaya biangan satu koloni tidak kurang dari 10,000 ekor daripada lebah pekerja dengan koposisi melebihi 85 peratus. Sekiranya populasi lebah pekerja rendah perlu ditambah bilangan pekerja secara memberi makanan tambahan kepada koloni lebah bagi menggalakkan penambahan anak lebah (brood). Sebalikya jika bilangan mereka terlalu tinggi perlulah menambah tingkat kedua dan ketiga membentuk koloni super sebelum tindakan memecah koloni dibuat setelah koloni super setabil.

populasi lebah


Peneluran dan taburan anak lebah adalah penting bagi memastikan ratu bertelur dalam sel kum yang disediakan 100 peratus. Ratu yang sederhana baik menggunakan 70 peratus sel kum dan sedia unttuk diganti.Ratu yang kurang baik pula hanya menggunakan sel kum50 peratus untuk bertelur dan ratu ini wajib diganti.

Dalam keadaan ratu masih lagi baik dan aktif, kehadiran sel ratu perulah dimusnahkan, kecuali bagi tujuan menggantikan ratu sediada cacat, tidak produktif dan mati dan juga bagi tujuan pemecahan koloni.

ratu lebah

Kom yang telah rosak perlu diganti. Antara kon yang rosak ialah kom yang telah lama bertukar kepada warna hitam atau susunan kon yang telah tidak mengikut susunan yang betul. Kon ini perlulah diganti denganmenggunakan lilin landasan yang baru atau diganti dengan km yang diambi dari koloni yang lain.

Madu dan debungan dalam koloni diurus dengan memungut koloni yang mempunyai stok madu yang banyak. Bagi koloni yang tidak mempunyai stok madu atau tiada stok madu perlu dibantu bagi meningkatkan stok madu.

Kehadiran perosakdan penyakit dalam haif perlu diambil tindakan.Perosak utama ialah kutu (mite) dengan meletakkan ubat kutu). Tebuan (wasp) menangkap lebah pekerja sebagai makanan, diatasi dengan cara menangkap tebuan dengan jaring, guna penyepit dengan merendam bahagian hujung tebuan kedalam racun serangga seperti baygon, furmakilla dll dan dilepaskan, bila tebuan kembali kesarangnya akan membunuh tebuan yang ada dalam sarang. Burung (merob spp) menangkap dan memakan lebah yang sedang terbang, diatasi dengan melindungi kolni dengan jaring nombor 7. Burung ini berhijrah daripada eropah (Siberia) secara bermusim.  Selain daripada itu , semut, lipas dan cicak perlu dihindari daripada haif. Ulat lilin (wax moth) menyerang kom yang terdedah menjadikannya reput dan hancur. Rawatan ulat ini dengan menukar kun yang rosak dengan landasan kom yang baru.

burung pemburu lebah

Penyakit utama dalam koloni lebahialah sacbrood ( klik sini ) yang disebabkan oleh virus. Chalkbrood (klik sini) pula disebabkan oleh fungus dan fullbrood ( klik sini ) pula disebabkan oleh bakteria.

Haif perlulah ditempatkan ditempat yang sesuai dan sentiasa bersih.


No comments:

Post a Comment