Tujuan pengurusan koloni lebah ialah bagi mendapatkan madu lebah serta lain-lain produk sampingan seperti bee pollen, royal jeli dan sebaginya. Produk madu lebah dikawal oleh undang-undang Malaysia ia itu Akta Makanan 1983 (Akta 121) serta Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. - Hubungi kami di : rosellebeefarm@gmail.com

Monday, 8 December 2014

CARA MEMECAH DAN MEMPERBESAR KOLONI LEBAH

Pemecahan koloni merupakan teknik yang dilakukan untuk memperbanyakkan koloni lebah madu. Teknik yang baik ialah tidak merosakkan koloni lebah asal serta tidak menjejaskan pengeluaran madu lebah dalam kotak asal.

Video berikut menunjukan salah satu teknik pemecahan koloni lebah madu.


MEMASUKKAN LEBAH KE DALAM HAIF BARU

Setelah kotak perumahan lebah disiapkan, anda perlu memasukkan koloni lebah kedalamnya bagi memulakan penternakan. Terdapat pelbagai teknik memulakan koloni baru kedalam haif, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

Di Eropah mereka boleh membeli sekotak lebah yang mengandungi 3 paun lebah beserta seekor lebah permaisuri. Lebah-lebah ini kemudiannya dipindahkan ke haif baru untuk perkembangan selanjutnya.

Video berikut ini menunjukkan cara-cara menambah lebah kedalam haif baru yang dipraktis di negara barat.


TERNAKAN LEBAH DI HALAMAN RUMAH

Anda boleh mulakan ternakan lebah sebagai hobi dengan dua kotak perumahan lebah atau dalam istilah sebenar dipanggil haif. Lebah Melllifera merupakan lebah yang jinak dan berhasil tinggi. Lebah ini sesuai diternak di halaman rumah. 

Malahan di Bandaraya Kuala Lumpur terdapat penghuni rumah kondo tingkat atas yang menternak lebah di varandah rumah yang sempit. Lebah hidup dengan baik tanpa mengganggu penghuni. Di musim pokok-pokok landskap yang ditanam oleh Dewan Bandaraya berbunga akan memberi madu berasaskan bunga berkenaan. Contohnya bunga yellow flame, gelam, nektar akasia dan lain-lain.

Untuk memulakan aktiviti, pilih kawasan halaman rumah yang sesuai iaitu kawasan yang kering. Pintu petak perumahan lebah atau haif tidak menghadap ke lorong pejalan kaki, Tidak menghala ke rumah jiran, juga tidak ditempat haiwan peliharaan bermain.

Elok petak perumahan lebah atau haif diletak ditepi pagar dan pintunya menghala ke pagar. Walaupun pintu menghala ke pagar lebah tahu menyesuaikan diri untuk keluar masuk haif.

Seterusnya video berikut menerangkan teknik menternak lebah di halaman rumah.



Friday, 5 December 2014

AL-QURAN SURAH AN-NAHL (LEBAH) - AYAT 68 DAN 69

sila layari facebook penternak lebah untuk diskusi klik di sini.

Terdapat lebih 20,000 spesis lebah di seluruh dunia. Namun bukan semua jenis-jenis lebah ini menghasilkan madu. Tetapi antara yang paling kerap diperkatakan adalah lebah madu, lebah yang paling bermanfaat bagi manusia. Sebagaimana yang telah dirakankan oleh Allah melalui 2 ayat dalam Al-Qur'an, Surah An-Nahl (Lebah): 
وَأَوحىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحلِ أَنِ اتَّخِذى مِنَ الجِبالِ بُيوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمّا يَعرِشونَ ﴿٦٨﴾
(68) Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. [Al-Quran 16 : 68]
ثُمَّ كُلى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسلُكى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ ﴿٦٩﴾
(69) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [Al-Quran 16 : 69]
Read more: http://mindloading.blogspot.com/2013/06/hikmah-lebah-sifatnya.html#ixzz3L4YnzPrR

PROSPEK EKONOMI TERNAKAN LEBAH MADU MELIFERA

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan melaporkan bahawa penternakan 10 koloni lebah eropah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM 1,500.00 dan boleh diternak di keliling rumah atau kebun yang bersaiz kecil.


Sila baca petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Mei 2013 sebagaiamana berikut :-


Yahaya Yaacob menunjukkan koloni lebah dari Australia yang menghasilkan madu berkualiti
tinggi dalam projek perintis penternakan lebah Apis Melifera di Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 9 Mei - Pejabat Pertanian Daerah Pasir Puteh membekalkan lebah jenis mudah diternak, Apis Melifera dari Australia yang mampu menghasilkan madu berkualiti tinggi kepada pengusaha berdaya maju di sini untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Penolong Pegawai Pertanian, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa membuat pemilihan penternak untuk diagihkan baka lebah dari spesies berkenaan bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan sehingga berjaya.
Katanya, setiap penternak yang terpilih menerima satu kotak sarang penternakan dan koloni 1,500 hingga 2,000 anak lebah untuk diternak pada peringkat permulaan.
"Serangga madu ini akan meningkat bilangannya dari semasa ke semasa sehingga mencecah 5,000 ekor. Lebah mudah diternak kerana sifatnya yang jinak.
"Penternak perlu membuat pecahan koloni apabila jumlah lebah meningkat. Penternakan perlu mengikut kaedah yang betul bagi memastikan serangga ini sentiasa aktif untuk memungut madu pelbagai jenis bunga di sekitar dua kilometer dari sarangnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Yahaya berkata, pada peringkat pertama penternak terpaksa menunggu selama empat bulan untuk memperoleh madu dan selepas tempoh itu hasilnya boleh dipungut pada setiap bulan.
Beliau berkata, proses penghasilan madu lebih cepat pada musim bunga manakala pada musim hujan terutama penghujung tahun, penternak terpaksa menyediakan air gula untuk diproses menjadi madu di samping mengelak koloni serangga itu meninggalkan kotak sarangnya ke tempat lain.
"Kawasan yang sesuai untuk menempatkan kotak sarang serangga itu ialah di bawah pokok kelapa, belimbing atau pokok yang mempunyai banyak bunga sepanjang tahun.
"Penternak juga perlu mengawal koloni daripada ancaman serangga lain seperti semut, lipas dan serangga tebuan bagi membolehkan mereka mendapat hasil madu yang baik," katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini hanya seorang penternak diberi peluang mengusahakan penternakan ini sebagai projek perintis yang telah diusaha sejak empat bulan lalu dengan hasil yang memberangsangkan.
"Projek ini boleh diperluaskan bagi membantu penternak terutama masyarakat petani mengusahakannya sebagai sebahagian alternatif menjana pendapatan sampingan. Namun, sekiranya projek penternakan ini dilaksanakan secara komersial dalam skala yang besar, tidak mustahil petani yang menceburinya berjaya tampil sebagai usahawan madu yang berjaya," katanya.




REZEKI USAHAWAN MUDA
SHAIFUL HIZAM menunjukkan koloni lebah
 yang diusahakan di ladang Carambola Bee Farm 
yang terdapat di beberapa tempat seperti Semenyih, 
Selangor dan Parit Sikom, Simpang Renggam, Johor.


TIGA tahun lalu, Shaiful Hizam Harman pernah berkobar-kobar untuk menternak burung walit. Namun, hasratnya terbantut apabila dia kekurangan maklumat mengenai penternakan haiwan itu.
Ternyata ada hikmah di sebalik semua itu, kerana selepas puas berfikir dia kemudian memilih untuk menternak lebah madu.
“Sekitar 2007, memang saya terfikir untuk masuk dalam industri pemakanan kerana saya sendiri merupakan pengusaha gimnasium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya lihat masyarakat moden hari ini lebih menitik beratkan pemakanan mereka.
“Bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana selain kekurangan maklumat, saya mendapati permintaan untuk sarang burung itu pun lebih menjurus kepada pasaran China,” katanya.
Permintaan tinggi
Namun begitu, tidak lama selepas itu dia teringat tentang khasiat madu seperti yang pernah dibacanya dalam hadis Rasulullah.
“Saya mula membuat kajian tentang tawaran dan permintaan madu di seluruh dunia. Saya baca laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.
Kebanyakannya mendedahkan permintaan madu dari luar negara sangat tinggi sedangkan pengeluaran bahan itu sangat kurang.
“Seperkara lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan industri lebah madu masih kecil iaitu kira-kira RM12,000 berbanding RM250,000 untuk industri sarang burung walit,” katanya.
Selama setahun, Shaiful mula melihat laman-laman web dan belajar mengenai lebah menerusi video YouTube selain melawat beberapa ladang lebah madu di sekitar Selangor.
Hari ini, usahawan muda itu mampu meraih pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan melalui lima kotak atau koloni lebah yang dihuni oleh 70,000 ekor lebah bagi setiap kotak.
Lebah bersifat sensitif
“Tidak susah untuk memulakan industri lebah madu. Ia boleh dibuat di belakang rumah atau ditumpang di kebun buah-buahan. Risikonya kurang kerana jika satu koloni lebah diserang penyakit seperti bakteria atau fungus, ia tidak berjangkit kepada koloni yang lain,” katanya.
Pada pendapat beliau, lebah bersifat sensitif, amat mengenang jasa dan setia kepada tuan yang memeliharanya.
“Saya pernah berhadapan dengan kesulitan kewangan pada awal tahun 2009. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya duduk di hadapan kotak-kotak lebah saya dan menceritakan masalah saya. Saya meminta lebah-lebah ini keluar untuk mendatangkan madu dengan jumlah yang banyak,” katanya.
Beliau hampir menitiskan air mata apabila doanya dimakbulkan Allah, dengan lebah-lebahnya mengeluarkan berkilogram madu.
“Saya hanya berada di kawasan ternakan lebah dua atau tiga kali seminggu. Tetapi mungkin lebih kerap jika perlu menguruskan pemindahan lebah ke tempat baru. Sekali pergi saya akan berada untuk tempoh sejam atau dua bagi menguruskan semua koloni lebah,” katanya.
Antara yang terbaik
Beliau berharap orang ramai agar membuka mata terhadap industri yang amat berpotensi itu.
Di Malaysia, madu yang terhasil menerusi kerajinan lebah mencari manisan daripada pokok gelam, akasia (sejenis pokok kayu balak), nanas dan belimbing, mempunyai bau yang lebih kuat.
Ia menyamai madu dari New Zealand yang terhasil daripada lebah-lebah yang terbang mencari manisan dari pokok manuka.
Pada masa ini, Shaiful hanya menjual madu yang dibotolkan dengan jenama Madu Tree secara dalam talian pada harga RM44 bagi 500 gram berbanding RM98 (500 gram) madu yang diimport.
Shaiful menawarkan madu asli dan asas ternakan lebah yang boleh diperoleh melalui laman web http://carambolabeefarm.blogspot.com. – Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3L4cqMEWG 
Hakcipta terpelihara 


TEKNIK ASAS MEMBUAT LEBAH RATU

Masukkan larva lebah madu yang baru menetas usia 1 hari kedalam satu potong frame Royal jelly dan di tempatkan pada haif super ( haif lebah madu yang berisi koloni lebah madu minimal 2 tingkat).
Gunakan penyekat ratu untuk pisahkan kotak super lebah madu tersebut dengan ratu lebah berada di haif bawah dan frame royal jelly calon ratu lebah madu di tempatkan pada haif atasnya. Sehingga ratu lebah madu tidak bisa mendekati calon ratu lebah madu.


penyekat ratu
Biarkan  selama 11 hari sehingga calon ratu lebah menjadi kepompong.Setelah sebelas hari calon ratu di pindahkan ke haif lebah yang besisi koloni lebah tanpa ada ratunya.Pada hari ke 13 ratu lebah baru keluar kepompong dan akan menjadi ratu lebah oleh koloni lebah tersebut.Setelah seminggu ratu lebah siap untuk berkawin dan mengembangkan koloni lebah yang baru..

Thursday, 4 December 2014

KOS PERALATAN, OPERASI DAN PENDAPATAN BAGI MENTERNAK 10 KOLONI LEBAH MADU MELIFERA

Bagi memulakan penternakan 10 koloni lebah kita memerlukan 10 buah haif standard(kotak perumahan lebah). Anggaran harga seunit haif standard ialah RM 200.00, jadi kos 10 unit haif standard ialah RM 2,000.00.



Apabila jumlah koloni lebah mulai besar, penternak memerlukan haif super, ia itu haif untuk menaikkan haif sediaada kepada dua tingkat bagi menampung jumlah lebah yang banyak. Anggaran harga satu unit haif super ialah RM 100.00. Jadi untuk 10 unit memerlukan kos RM 1,000.00.

haif super


Setiap haif memerlukan 10 bingkai haif. Anggaran harga satu bingkai ialah RM 7.00, jadi kos satu kotak yang untuk pembelian haif ialah RM 70.00. Untuk 10 koloni lebah kos bingkai haif ialah RM 700.00. Bila bilangan lebah bertambah, jumlah kos yang sama diperlukan untuk membeli bingkai bagi haif super.

bingkai (frame) haif


Pembelian baka lebah daripada pembekal berwibawa merupaan antara kunci kejayaan. Anggaran harga satu koloni lebah eropah melifera  yang mempunyai seekor ratu dan 1.5 kg lebah pekerja ialah RM 1,000.00. Jadi untuk 10 koloni lebah memerlukan kos RM 10,000.00.

ratu lebah dikelilingi  lebah jantan dan lebah pekerja


Batu bata diperlukan untuk dijadikan tiang atau pelapik haif. Empat keping batu-bata diperlukan oleh setiap haif dengan anggaran harga RM0.50 setiap satu. Kos satu unit ialah RM 2.00, jadi untuk 10 unit haif penternak memerlukan kos RM 20.00.

Setiap haif memerlukan satu unit bekas makanan yang akan diletakkan makanan tambahan untuk menjamin lebah sentiasa mempunyai makanan yang mencukupi. anggaran harga satu bekas makanan ialah RM 10.00, jadi RM 100.00 diperlukan untuk membeli 10 unit bekas makanan.



frame bekas makanan tambahan - paling kanan

Satu unit topeng muka diperlukan untuk mengelak daripada gigitan lebah dengan anggaran harga RM 25.00. Satu unit pengasap dengan anggaran harga RM 135.00 diperlukan. Satu unit pemahat dengan harga RM 40.00 diperlukan. Satu unit berus lebah dengan harga RM 20.00 diperlukan.




Untuk tujuan mengeksrat madu, satu unit ekstraktor atau alat penggempar madu diperlukan dengan anggaran harga RM 1,300.00 disamping satu unit kontainer madu dengan harga RM 16 diperlukan.



Bagi menjamin lebah terus sihat dan berkembang biak, makanan tambahan perlu diberikan. Keperluan makanan tambahan lebih kritikal bila musim tengkujuh, musim bunga berakhir dan bila pintu haif lebah ditutup apabila kebun berdekatan disembur racun serangga dan racun kulat.

Untuk membuat makanan tambahan lebah, 200 gm pollen diperlukan bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga sekilo pollen yang biasa diimpot dari China ialah RM 65.00 satu kg.

makanan tambahan lebah

Tepung soya membekalkan protein kepada lebah.  Keperluan bulanan ialah sejumlah 200 gm tepung kacang soya bagi setiap haif. Anggaran harga tepung soya ialah RM 43.00 satu kg.

Gula pasir diperlukan sejumlah 400 gm bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga gula pasir sekitar RM 3.00 satu kg.

Ubat hama diperlukan satu paket setiap koloni sebulan. Anggaran harga racun  hama yang boleh digunakan pada koloni lebah ialah RM 3.00 satu paket.

Ubat semut pula diperlukan satu paket setahun bagi setiap koloni, dengan harga RM 1.00 satu paket.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum ini, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pasir Putih, Kelantan, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.

Untuk 10 haif ternakan lebah , boleh dijaga sendiri sebagai hobi atau sebagai kerja sampingan. apabila jumlah koloni lebah mencecah 50 haif, bolehlah mengaji seorang pekerja secara tetap.

TEKNIK PERBANYAKKAN HAIF DENGAN CARA MEMECAH KOLONI LEBAH MELIFERA

Memperbanyak koloni lebah  boleh dilaksanakan dengan cara memecah koloninya. Aktiviti ini biasa dilakukan pada  musim dimana tumbuhan yang membekal makanan lebah sedang berbunga. Pada masa ini lebah segar dan aktif kerana mempunyai bekalan makanan yang banyak. Kegiatan ini dilakukan untuk menyediakan baka lebah untuk menambah lagi jumlah koloni lebah.
Lebah yang sihat dan aktif dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan koloni yang dilakukan seminggu sekali. Faktor kebersihan haif perlu diutamakan terutama papan lantai haif lebih cepat kotor, perlu sentiasa dibersihkan untuk menghindari pembiakan  hama dan penyakit. Pemeriksaan haif elok dilakukan pada waktu pagi . Pemeriksaan dilakukan secara  berdiri di tepi kotak supaya tidak menghalangi  lebah pekerja keluar masuk haif.

Teknik  untuk memecah koloni lebah melifera ada beberapa cara, namun  syarat asas sebelum dilakukan pemecahan koloni  antara lain, hendaklah dilakukan dalam cuaca yang lebih rendah curah hujannya . Pada masa yang sama juga perlu banyak bunga sedang kembang. 

Koloni yang hendak dipecahkan hanya koloni lebah yang telah kuat dan setabil dengan haif yang sudah dipenuhi dengan komuniti lebah dengan lapan frame sarang lebah padat dan berisi penuh telur,larva dan pupa. 



Terdapat empat teknik asas dalam kegiatan  memecah koloni lebah seperti berikut :-

 TEKNIK  PERTAMA

Sediakan frame kom lebah yang mempunyai sel calon ratu lebah yang akan menetas dalam masa 2 hari lagi. Untuk itu anda hendaklah  mebuat  calon ratu  lebah 10 hari sebelum anda memecah koloni

Siapkan haif baru di sebelah haif asal yang hendak dipecah koloni  dan masukkan lebah ratu pada haif baru, Setelah dipindahkan frame ratu, tambah  tiga lagi  frame yang mengandungan lebah menjadikan dalam koloni baru itu  berisi empat frame dan pada haif asal juga tinggal empat frame. 


Pasanglah fedder ( ia itu tempat memasukkan  makanan tambahan lebah  dalam haif)  pada haif baru dan haif asal dan diisi  dengan gula pasir 5 ons,dengan air sedikit agar basah.  Setelah 2 hari proses pemecahan koloni , frame yang mempatkan calon ratu masih lagi berupa kepompung. Frame calon ratu  tersebut hendaklah diletakkan  di tengah-tengah haif .Biarkan calon  ratu tersebut menetas,dan menjadi ratu baru untuk koloni dalam haif yang baru tersebut.

Cara ini haif asal,dan haif  baru akan memiliki ratu. Teknik ini  berkesan kerana  lebah yang dipindah pada  haif baru  hanya sedikit sahaj yang akan pulang semula ke haif asal walaupun letaknya bersebelahan.

TEKNIK  KEDUA

Lebah ratu bagi haif baru yang dipindahkan atau dipecah diambil dari sumber luaran dengan cara membeli lebah ratu daripada penternak lain, Pada kebiasanya lebah ratu diimpot dari Australia. Harga seekor lebah ratu ini  biasanya mencecah RM. 

Lebah ratu yang dibeli ini hendaklah diletakkan dalam kotak  berjaring berukuran 3 x 2 cm bagi mengurung lebah ratu.



Siapkan haif  baru dengan meletakkannya  di sebelah haif asal, pindahkan 4 buah frame tanpa ratu ke haif baru dengan membiarkan sehari semalam tanpa ratu.

Masukkan ratu beserta kurungan  ke kotak baru, dengan  tempelkan kotak kurungan yang berisi ratu tersebut kedalam haif dengan diikatkan kotak ratu supaya tidak jatuh kelantai, Komuniti  lebah didalam haif akan mengerumuni ratu lebah  yang berada di dalam kurungan, biar lebah pekerja berkenalan denganratu  selama 3 hari  atau 4 hari,setelah mereka  saling mengenal, lepaskan lebah ratu dari kurungannya. Jika ratu lebah sudah mulai bertelur maka lebah ratu tersebut akan bertelur dalam waktu 2 hari setelah pelepasannya dari kurunga. Seterusnya anda perlu memeriksa kembali ratu lebah tersebut samada berjaya atau tidak  dalam masa5 jam pelepasannya.

Jika berjaya, ratu akan berkeliling tanpa diikuti lebah pekerja,lainnya, sebaliknya jika gagal, lebah ratu akan di gigit oleh banyak lebah pekerja. Jika ini berlaku anda mesti dimasukkan kembali ratu kedalam kurungan ,dan  melepaskannya semula dalam masa 3 hari kemudian. 

Ratu lebah perlu dikendali secara berhati-hati  karena jika terjadi kecacatan lebah ratu akan dibunuh oleh lebah pekerja.

Pemecahan koloni ini perlulah  dilakukan  dalam keadaan koloni lebah kenyang .

TEKNIK  KETIGA

Sekiranya anda tidak memiliki kepakaran membuat lebah ratu dan tidak mahu membeli lebah ratu dari luar, alternatifnya anda hanya memindahkan 4 frame lebah dari haif asal beserta dengan ratu ke haif yang baru. Haif baru yang dipecahkan akan berkembang kerana mempunyai ratu.

Haif lama yang tinggal akan ketiadaan ratu untuk terus berkembang. Tanpa ratu dalam masa lebih kurang 2 bulan, lebah pekerja dan jantan yang mati tidak akan diganti dengan anak yang baru dan koloni ini akan pupus.

Haif asal dan haif baru perlu dipasang fedder bagi memberi  makan tambahan untuk menghindari lebah didalamnya kelaparan. Setelah  4 hari pemecahan koloni dibuat, lakukan pemeriksaan pada setiap frame dalam haif asal.

Pemecahan koloni berhasil bila dalam haif asal yang tanpa ratu, akan mempunya sel calon ratu baru yang  berjaya dibuat oleh lebah pekerja. Bentuk sel calon lebah ratu adalah   menonjol di antara sel sel lebah pekerja,samada  berada di bawah atau di atas frame.



Biasanya akan terdapat  antara 2 hingga 10 sel lebah ratu. Keadaan ini berlaku bila lebah pekerja akan membuat ratu baru jika dalam 24 jam tidak terdapat ratu di dalamnya koloninya dalam usaha untuk meneruskan kehidupan dalam koloninya tidak akan pupus . 

Setelah menetas  lebah pekerja akan memilih ratu yang paling mereka sukai. Pada kebiasaannya ratu lebah yang pertama menetas akan dijadikan ratu,pada koloni ,dan calon ratu yang lainnya akan dibunuh oleh lebah ratu ataupun oleh  lebah pekerja yang sudah mengetahui bahwa mereka sudah mempunyai ratu baru dalam koloni mereka.

TEKNIK  KEEMPAT

Terdapat penternak tidak akan  memecahkan koloni lebah, melainkan koloni lebah itu benar-benar mantap dan memberi hasil yang baik serta dalam keadaan sedia untuk dipindahkan tanpa menjejaskan pengeluaran madu dan hasil sampingan yang lain.

Dalam masa empat bulan dari mula diternak, lebah mula mengeluarkan hasil dan berkembang biak hingga menjadi haif super dua tingkat beberapa bulan kemudian. Pada kebiasaannya dalam masa 9 bulan haif super telah berkembang menjadi tiga tingkat, yang mana tingkat ketiga telah sedia untuk dipecahkan menjadi koloni baru.



Koloni lebah dibiar membiak terus sehingga berkembang menjadi haif super yang mempunyai tiga tingkat haif. Bila ketiga-tiga tingkat haif super telah dipenuhi oleh lebah, baru lah usaha memecahkan koloni lebah dengan tingkat ke tiga haif akan diasingkan bagi menjadi koloni baru. Setelah dipindahkan, keperluan lebah ratu dibuat melalui salah satu cara samada teknik pertama, kedua atau ketiga sebagaimana di atas.

Kebaikan cara ini ia lah koloni lebah yang ada betul-betul mantap barulah dipecahkan dan tidak akan menganggu pengeluaran dan pengutipan madu lebah. Cara ini juga dapat mengelakkan lebah yang baru dipindah lari meninggalkan koloninya.

Masa yang diambil untuk memecah koloni lebah biasanya setelah 9 bulan mulai daripada lebah diternak. Carai ini juga mempunyai kebaikan yang mana koloni asal yang dipecahkan (haif super tingkat satu dan dua) tidak terjejas dan terus mengeluarkan hasil, sementara koloni baru (haif super tingkat tiga) dipecah dalam keadaan sudah teguh dan mantap serta dapat mengeluarkan hasil dalam waktu yang singkat.

Teknik yang keempat ini juga selaras dengan motif ternakan lebah bagi mendapatkan madu lebah serta produk yang berkaitan dengannya. Tidak guna kita mempunyai banyak koloni lebah tetapi tidak teguh dan tidak memberi hasil yang baik.


Sunday, 30 November 2014

PENGURUSAN KOLONI LEBAH

Pengurusan di luar koloni terdiri dari sumber makanan daripada pokok hutan dan tanaman perladangan dan kebun pekebun kecil.

pohon akasia mangium
ladang belimbing

bunga roselle


hutan akasia mangium
hutan gelam

Sumber air penting dan diperlukan oleh lebah untuk mencairkan makanan anak lebah (brood food) serta dalam membantu mengawal suhu haif. Sumber air semulajadi dari sungai dan parit. Sekiranya berjauhan dari sumber air semula jadi bleh sediakan bekas dan takungan air.


koloni lebah super

 Sumber perosak dan penyakit berpunca daripada peralatan yang tidak sesuai, haif yang kotor dan lama dan kom terpakai. Sumber perosak lebah madu ialah serangan tebuan, dimakan oleh burung pemburu lebah dan kutu lilin.

Gangguan haiwan ternakan dan manusia boleh merosakkan koloni lebah disamping , masalah kecurian dan bencana.

Pengurusan dalam koloni lebah terdiri daripada :-

Populasi lebah supaya biangan satu koloni tidak kurang dari 10,000 ekor daripada lebah pekerja dengan koposisi melebihi 85 peratus. Sekiranya populasi lebah pekerja rendah perlu ditambah bilangan pekerja secara memberi makanan tambahan kepada koloni lebah bagi menggalakkan penambahan anak lebah (brood). Sebalikya jika bilangan mereka terlalu tinggi perlulah menambah tingkat kedua dan ketiga membentuk koloni super sebelum tindakan memecah koloni dibuat setelah koloni super setabil.

populasi lebah


Peneluran dan taburan anak lebah adalah penting bagi memastikan ratu bertelur dalam sel kum yang disediakan 100 peratus. Ratu yang sederhana baik menggunakan 70 peratus sel kum dan sedia unttuk diganti.Ratu yang kurang baik pula hanya menggunakan sel kum50 peratus untuk bertelur dan ratu ini wajib diganti.

Dalam keadaan ratu masih lagi baik dan aktif, kehadiran sel ratu perulah dimusnahkan, kecuali bagi tujuan menggantikan ratu sediada cacat, tidak produktif dan mati dan juga bagi tujuan pemecahan koloni.

ratu lebah

Kom yang telah rosak perlu diganti. Antara kon yang rosak ialah kom yang telah lama bertukar kepada warna hitam atau susunan kon yang telah tidak mengikut susunan yang betul. Kon ini perlulah diganti denganmenggunakan lilin landasan yang baru atau diganti dengan km yang diambi dari koloni yang lain.

Madu dan debungan dalam koloni diurus dengan memungut koloni yang mempunyai stok madu yang banyak. Bagi koloni yang tidak mempunyai stok madu atau tiada stok madu perlu dibantu bagi meningkatkan stok madu.

Kehadiran perosakdan penyakit dalam haif perlu diambil tindakan.Perosak utama ialah kutu (mite) dengan meletakkan ubat kutu). Tebuan (wasp) menangkap lebah pekerja sebagai makanan, diatasi dengan cara menangkap tebuan dengan jaring, guna penyepit dengan merendam bahagian hujung tebuan kedalam racun serangga seperti baygon, furmakilla dll dan dilepaskan, bila tebuan kembali kesarangnya akan membunuh tebuan yang ada dalam sarang. Burung (merob spp) menangkap dan memakan lebah yang sedang terbang, diatasi dengan melindungi kolni dengan jaring nombor 7. Burung ini berhijrah daripada eropah (Siberia) secara bermusim.  Selain daripada itu , semut, lipas dan cicak perlu dihindari daripada haif. Ulat lilin (wax moth) menyerang kom yang terdedah menjadikannya reput dan hancur. Rawatan ulat ini dengan menukar kun yang rosak dengan landasan kom yang baru.

burung pemburu lebah

Penyakit utama dalam koloni lebahialah sacbrood ( klik sini ) yang disebabkan oleh virus. Chalkbrood (klik sini) pula disebabkan oleh fungus dan fullbrood ( klik sini ) pula disebabkan oleh bakteria.

Haif perlulah ditempatkan ditempat yang sesuai dan sentiasa bersih.


TERNAKAN LEBAH EROPAH (APIS MELIFERA)


BAKA (JENIS) LEBAH

i)   Keran (Apis cerana) - juga dikenali sebagai lebah tawon, lebah apit-apit, lebah neron dll.
ii)  Lebah hutan (Apis dorsata) juga dikenali sebagai lebah tualang, lebah layar dll.
iii) Lebah lalat (Apis florea)
iv) Lebah  Eropah (Apis melifera)

Sumber makanan lebah terdiri dari makanan semulajadi seperti pokok-pokok yang tumbuh meliar di hutan seperti pokok gelam yang biasa tumbuh di hutan tanah beris di Kijal, Rantau Abang, Merchang, Pulau Kerengga dan Ru Tapai di Terengganu. Madu yang dihasilkan lebah dari bunga gelam merupakan madu yang terbaik malahan lebih tinggi nilai khasiatnya berbanding madu manuka.

Pokok gelam atau nama sintifiknya melaleucaca juputi biasa berbunga dari bulam mei hingga bulan november setiap tahun. Pada aprill penternak lebah telah membuat persiapan membawa koloni lebah mereka ke kawasan hutan pokok gelam bagi mendapatkan madu gelam



hutan gelam di Terengganu


pokok  gelam

bunga gelam

bunga gelam


Aksia mangium merupakan pokok yang tidak berbunga tetapi mengeluarkan cecair gula atau nektar pada tangkai daun muda. Bagi kawasan tanaman hutan dengan pokok ini yang dijaga dengan baik dan sentiasa dibuat pruning bagi memastikanbatangnya lurus akan sentiasa mengeluarkan pucuk dan daun muda yang akan memberi sumber gula atau nektar kepada lebah madu.


hutan simpan akasia mangium di Terengganu

tangkai daun muda tempat air gula dikeluarkan

sumber makanan lebah
nektar akasia
akasia mangium

Selain daripada pokok hutan dan tumbuhan semulajadi dan tumbuhan liar, pokok-pokok yang ditamam petani seperti roselle, tebuatau dalam sistem perladangan komersial dan pekebun kecil juga merupakan sumber makanan terbaik kepada lebah speti ladang nenas, rambutan, belimbing, kopi , gajus, limau, kelapa, kopi, durian, getah, jambu batu, jambu mawar dan lain-lain.

Antara pokok hutan yang dapat memberi hasil yang baik kepada penternakan lebah ialah tembesu, gelam, kayu manis, semarak, nipah, akasia dan yellow flame dan lain-lain.

Lebah juga diternak juga memerlukan makanan tambahan yang perlu diberi terutama ketika musim hujan dan musim pokok berbunga telah habis. Makanan tambahan perlu bagi menjamin lebah terus sihat walaupun sumber makanan semula jadi tiada. Makanan tambahan juga penting bagi mengelakkan daripada lebah lari meninggalkan koloninya atau berpindah ketempat lain.

Lebah hidup dalam kooni secara berkasta yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam keharminan koloni lebah. Kasta lebah terdiri dari lebah ratu, lebah jantan dan lebah pekerja.

MENDAPATKAN BAKA LEBAH

Baka lebah tempatan boleh didapati dengan memindahkan koloni lebah liar kedalam haif. Perkara ini memerlukan kemahiran. Haif dan nektar tambahan perlu disediakan.

Cara kedua ialah membeli koloni lebah yang sudah establish dalam haif.

Peralatan asas yang yang diperluan ialah veil, topi , pengasap dan pengempar madu.


LEBAH  EROPAH (APIS MELIFERA)

Merupakan lebah yang diimpot dari luar negara. Perlu disediakan haif, lilin landasan, nektar tambahan dan bekas nektar tambahan.

Jenis lebah eropah yang mempunyai nilai ekonomi ialah :-

i)   Apis melifera lingustica Spin (Italian bees),
ii)  Apis melifera melifera L (dark bee),
iii) Apis melifera carmica poliman (carnioland) dan
iv) Apis melifera caucaucasica gorb (caucasians)



koloni (haif) lebah eropah 

pintu keluar masuk lebah

pemasang pollen trap pada pintu keluar masuk lebah

haif lebah madu

haif lebah madu eropah

teknik mengumpul pollen

lebah eropah

lebah eropah

lebah eropah

lebah eropah

koloni lebah (haif) dalam kelapa sawit


Anak lebah atau nurse bee merupakan lebah pekerja yang baru lahir  ke usia enam hari masih belum boleh terbang kerana sayapnya masih belum sempurna. Dapat dikenal dengan warnanya agak keputihan. Nurse bee ini berperanan sebagai pemberi makan royal jeli kepada ratu lebah. Anak lebah ini menerima makanan yang dibawa balik oleh lebah pekerja dan membawa makanan itu kepada ratu lebah. Ratu lebah akan mengeluarkan sejenis enzim yang membolehkan nurse bee tahu di mana ratu lebah berada.



Lebah pekerja mempunyai tanggung jawab pekerjaan yang berbeda-beda seuai dengan umur lebah pekerja tersebut. Sesaat setelah keluar dari kepompong larva lebah pekerja langsung mempunyai tanggung jawab untuk membersihkan sarang lebah dari kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal Jelly yang sangat diberi makan kepada larva lebah dan ratu lebah.
Royal jelly dihasilkan Lebah muda setelah lebah tersebut memakan madu dan bee pollen. Royal jelly di dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher lebah tersebut.
Lebah muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui Ratu Lebah makan Royal jelly sepanjang hidupnya.
Setelah lebah pekerjaberusia sekitar 3 minggu, lebah mempunyai tugas baru diluar sarangnya  bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga atau pollen  yang diolah menjadi bee pollen.
 Lebah madu bisanya mencari nectar yang berjarak sekitar 3 km dari sarangnya.

anak lebah (nurse bee)

anak lebah

anak lebah

anak lebah

anak lebah

sel ratu lebah
Sel ratu lebah berukuran paling besar dan kedudukan tidak teratur. Kelihatan sel ratu bersaiz besar dan bewarna putih dan kedudukannya arah yang berlawanan dengan sel jantan dan sel lebah pekerja. Ratu lebah keran (apis cerana) bertelur 500 - 900 biji sehari manakala lebh impot apis melifera bertelur hingga 1,500 biji sehari.

telur drone
Kelihatan di atas satu kelompok sel jantan yang membonjol keluar dan tertutup di bahagian atas. Jika diteliti terdapat titik hitam ditengah-tengah sel lebah jantan ini.
telur drone
Terdapat empat peringkat kitaran hidup lebah ia itu peringkat telur, peringkat larva, peringkat pupa dan peringkat serangga dewasa.

kitaran hidu lebah

lebah eropah
perbandingan saiz lebah pekerja, jantan dan ratu
ratu lebah


lebah pekerja

lebah eropah

ratu lebah


Ratu lebah bersaiz paling besar dalam kasta lebah. Setiap koloni lebah hanya memerlukan seekor lebah ratu dengan jangka hayat ekonomik 2 tahun. ratu lebah dapat hidup sehingga lapan tahun.. Jantina ratu ialah bisexual (parthenogenesis) . Tugas ratu ialah bertelur. Ratu akan bertelur setelah tiga hari berkahwin. Penemuan oleh Janscha pada tahun 1771 lebah ratu berkahwin dengan lebah jantan di udara 'mating flight' selama 5-20 minit sebelah petang. Lebah jantan akan mati setelah berjaya mengahwini lebah ratu.

Lebah ratu akan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA) yang berperanan mengawal koloni lebah menjadi harmoni dan stabil. Ketiadaan hormon ini menyebabkan lebah pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan dalam sel ratu.

Ratu lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2,8 kali berat lebah pekerja,Ratu lebah sanggup bertelur 1500-2000 butir setipa harinya.
Ratu lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5 tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja.
Rahasia ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah makan royal jeli sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya makan royal jelly selama 3 hari pada saat menjadi larva.

ratu lebah

ratu lebah

frame dipenuhi sarang dan lebah pekerja

Dalam kasta lebah, lebah pekerja bersaiz kecil. Dalam satu haif bilangan  lebah pekerja boleh melebihi 10,000 ekor iaitu antara 20,000 hingga 200,000 ekor. Semakin banyak bilangan lebah ini semakin banyak hasil satu koloni lebah. Jangka hanyat lebah ini antara 20 hingga 40 hari atau sehingga lebah ini menyengat mangsanya. Lebah ini merupakan lebah betina yang mandul.

Tugas lebah pekerja ialah membina kom tempat lebah ratu bertelur, menyimpan madu, royal jeli dan bee pollen. Mencari sumber makanan lebah, menjaga haif, lava, lebah jantan muda dan lebah ratu. Lebah ini akan mengumpul nektar, debunga dan propois. Lebah ini juga mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk dijadikan lebah ratu yang baru.


lebah jantan (drone)

Lebah jantan bersaiz sederhana. Dalam satu haif boleh terdapat lebah jantan sehingga 200 ekor atau tiada langsung.Lebah jantan boleh hidup sehingga 60 hari dan akan mati setelah berkahwin dengan ratu. Semua lebah jantan yang masih hidup adalah virgin.

Lebah jantan mempunyai saiz yang lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja. Ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset yang lebih banyak dari pada faset pada matalebah pekerja dan ratu lebah.

Lebah jantan tidak mempunyai paip penghisap madu dan juga tidak mempunyai tempat mengisi pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan lainunya. Fungsi utama lebah jantan adalah mengawini Ratu Lebah.