Tujuan pengurusan koloni lebah ialah bagi mendapatkan madu lebah serta lain-lain produk sampingan seperti bee pollen, royal jeli dan sebaginya. Produk madu lebah dikawal oleh undang-undang Malaysia ia itu Akta Makanan 1983 (Akta 121) serta Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. - Hubungi kami di : rosellebeefarm@gmail.com

Monday, 8 December 2014

CARA MEMECAH DAN MEMPERBESAR KOLONI LEBAH

Pemecahan koloni merupakan teknik yang dilakukan untuk memperbanyakkan koloni lebah madu. Teknik yang baik ialah tidak merosakkan koloni lebah asal serta tidak menjejaskan pengeluaran madu lebah dalam kotak asal.

Video berikut menunjukan salah satu teknik pemecahan koloni lebah madu.


MEMASUKKAN LEBAH KE DALAM HAIF BARU

Setelah kotak perumahan lebah disiapkan, anda perlu memasukkan koloni lebah kedalamnya bagi memulakan penternakan. Terdapat pelbagai teknik memulakan koloni baru kedalam haif, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

Di Eropah mereka boleh membeli sekotak lebah yang mengandungi 3 paun lebah beserta seekor lebah permaisuri. Lebah-lebah ini kemudiannya dipindahkan ke haif baru untuk perkembangan selanjutnya.

Video berikut ini menunjukkan cara-cara menambah lebah kedalam haif baru yang dipraktis di negara barat.


TERNAKAN LEBAH DI HALAMAN RUMAH

Anda boleh mulakan ternakan lebah sebagai hobi dengan dua kotak perumahan lebah atau dalam istilah sebenar dipanggil haif. Lebah Melllifera merupakan lebah yang jinak dan berhasil tinggi. Lebah ini sesuai diternak di halaman rumah. 

Malahan di Bandaraya Kuala Lumpur terdapat penghuni rumah kondo tingkat atas yang menternak lebah di varandah rumah yang sempit. Lebah hidup dengan baik tanpa mengganggu penghuni. Di musim pokok-pokok landskap yang ditanam oleh Dewan Bandaraya berbunga akan memberi madu berasaskan bunga berkenaan. Contohnya bunga yellow flame, gelam, nektar akasia dan lain-lain.

Untuk memulakan aktiviti, pilih kawasan halaman rumah yang sesuai iaitu kawasan yang kering. Pintu petak perumahan lebah atau haif tidak menghadap ke lorong pejalan kaki, Tidak menghala ke rumah jiran, juga tidak ditempat haiwan peliharaan bermain.

Elok petak perumahan lebah atau haif diletak ditepi pagar dan pintunya menghala ke pagar. Walaupun pintu menghala ke pagar lebah tahu menyesuaikan diri untuk keluar masuk haif.

Seterusnya video berikut menerangkan teknik menternak lebah di halaman rumah.



Friday, 5 December 2014

AL-QURAN SURAH AN-NAHL (LEBAH) - AYAT 68 DAN 69

sila layari facebook penternak lebah untuk diskusi klik di sini.

Terdapat lebih 20,000 spesis lebah di seluruh dunia. Namun bukan semua jenis-jenis lebah ini menghasilkan madu. Tetapi antara yang paling kerap diperkatakan adalah lebah madu, lebah yang paling bermanfaat bagi manusia. Sebagaimana yang telah dirakankan oleh Allah melalui 2 ayat dalam Al-Qur'an, Surah An-Nahl (Lebah): 
وَأَوحىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحلِ أَنِ اتَّخِذى مِنَ الجِبالِ بُيوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمّا يَعرِشونَ ﴿٦٨﴾
(68) Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. [Al-Quran 16 : 68]
ثُمَّ كُلى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسلُكى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ ﴿٦٩﴾
(69) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [Al-Quran 16 : 69]
Read more: http://mindloading.blogspot.com/2013/06/hikmah-lebah-sifatnya.html#ixzz3L4YnzPrR

PROSPEK EKONOMI TERNAKAN LEBAH MADU MELIFERA

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan melaporkan bahawa penternakan 10 koloni lebah eropah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM 1,500.00 dan boleh diternak di keliling rumah atau kebun yang bersaiz kecil.


Sila baca petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Mei 2013 sebagaiamana berikut :-


Yahaya Yaacob menunjukkan koloni lebah dari Australia yang menghasilkan madu berkualiti
tinggi dalam projek perintis penternakan lebah Apis Melifera di Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 9 Mei - Pejabat Pertanian Daerah Pasir Puteh membekalkan lebah jenis mudah diternak, Apis Melifera dari Australia yang mampu menghasilkan madu berkualiti tinggi kepada pengusaha berdaya maju di sini untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Penolong Pegawai Pertanian, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa membuat pemilihan penternak untuk diagihkan baka lebah dari spesies berkenaan bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan sehingga berjaya.
Katanya, setiap penternak yang terpilih menerima satu kotak sarang penternakan dan koloni 1,500 hingga 2,000 anak lebah untuk diternak pada peringkat permulaan.
"Serangga madu ini akan meningkat bilangannya dari semasa ke semasa sehingga mencecah 5,000 ekor. Lebah mudah diternak kerana sifatnya yang jinak.
"Penternak perlu membuat pecahan koloni apabila jumlah lebah meningkat. Penternakan perlu mengikut kaedah yang betul bagi memastikan serangga ini sentiasa aktif untuk memungut madu pelbagai jenis bunga di sekitar dua kilometer dari sarangnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Yahaya berkata, pada peringkat pertama penternak terpaksa menunggu selama empat bulan untuk memperoleh madu dan selepas tempoh itu hasilnya boleh dipungut pada setiap bulan.
Beliau berkata, proses penghasilan madu lebih cepat pada musim bunga manakala pada musim hujan terutama penghujung tahun, penternak terpaksa menyediakan air gula untuk diproses menjadi madu di samping mengelak koloni serangga itu meninggalkan kotak sarangnya ke tempat lain.
"Kawasan yang sesuai untuk menempatkan kotak sarang serangga itu ialah di bawah pokok kelapa, belimbing atau pokok yang mempunyai banyak bunga sepanjang tahun.
"Penternak juga perlu mengawal koloni daripada ancaman serangga lain seperti semut, lipas dan serangga tebuan bagi membolehkan mereka mendapat hasil madu yang baik," katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini hanya seorang penternak diberi peluang mengusahakan penternakan ini sebagai projek perintis yang telah diusaha sejak empat bulan lalu dengan hasil yang memberangsangkan.
"Projek ini boleh diperluaskan bagi membantu penternak terutama masyarakat petani mengusahakannya sebagai sebahagian alternatif menjana pendapatan sampingan. Namun, sekiranya projek penternakan ini dilaksanakan secara komersial dalam skala yang besar, tidak mustahil petani yang menceburinya berjaya tampil sebagai usahawan madu yang berjaya," katanya.




REZEKI USAHAWAN MUDA
SHAIFUL HIZAM menunjukkan koloni lebah
 yang diusahakan di ladang Carambola Bee Farm 
yang terdapat di beberapa tempat seperti Semenyih, 
Selangor dan Parit Sikom, Simpang Renggam, Johor.


TIGA tahun lalu, Shaiful Hizam Harman pernah berkobar-kobar untuk menternak burung walit. Namun, hasratnya terbantut apabila dia kekurangan maklumat mengenai penternakan haiwan itu.
Ternyata ada hikmah di sebalik semua itu, kerana selepas puas berfikir dia kemudian memilih untuk menternak lebah madu.
“Sekitar 2007, memang saya terfikir untuk masuk dalam industri pemakanan kerana saya sendiri merupakan pengusaha gimnasium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya lihat masyarakat moden hari ini lebih menitik beratkan pemakanan mereka.
“Bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana selain kekurangan maklumat, saya mendapati permintaan untuk sarang burung itu pun lebih menjurus kepada pasaran China,” katanya.
Permintaan tinggi
Namun begitu, tidak lama selepas itu dia teringat tentang khasiat madu seperti yang pernah dibacanya dalam hadis Rasulullah.
“Saya mula membuat kajian tentang tawaran dan permintaan madu di seluruh dunia. Saya baca laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.
Kebanyakannya mendedahkan permintaan madu dari luar negara sangat tinggi sedangkan pengeluaran bahan itu sangat kurang.
“Seperkara lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan industri lebah madu masih kecil iaitu kira-kira RM12,000 berbanding RM250,000 untuk industri sarang burung walit,” katanya.
Selama setahun, Shaiful mula melihat laman-laman web dan belajar mengenai lebah menerusi video YouTube selain melawat beberapa ladang lebah madu di sekitar Selangor.
Hari ini, usahawan muda itu mampu meraih pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan melalui lima kotak atau koloni lebah yang dihuni oleh 70,000 ekor lebah bagi setiap kotak.
Lebah bersifat sensitif
“Tidak susah untuk memulakan industri lebah madu. Ia boleh dibuat di belakang rumah atau ditumpang di kebun buah-buahan. Risikonya kurang kerana jika satu koloni lebah diserang penyakit seperti bakteria atau fungus, ia tidak berjangkit kepada koloni yang lain,” katanya.
Pada pendapat beliau, lebah bersifat sensitif, amat mengenang jasa dan setia kepada tuan yang memeliharanya.
“Saya pernah berhadapan dengan kesulitan kewangan pada awal tahun 2009. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya duduk di hadapan kotak-kotak lebah saya dan menceritakan masalah saya. Saya meminta lebah-lebah ini keluar untuk mendatangkan madu dengan jumlah yang banyak,” katanya.
Beliau hampir menitiskan air mata apabila doanya dimakbulkan Allah, dengan lebah-lebahnya mengeluarkan berkilogram madu.
“Saya hanya berada di kawasan ternakan lebah dua atau tiga kali seminggu. Tetapi mungkin lebih kerap jika perlu menguruskan pemindahan lebah ke tempat baru. Sekali pergi saya akan berada untuk tempoh sejam atau dua bagi menguruskan semua koloni lebah,” katanya.
Antara yang terbaik
Beliau berharap orang ramai agar membuka mata terhadap industri yang amat berpotensi itu.
Di Malaysia, madu yang terhasil menerusi kerajinan lebah mencari manisan daripada pokok gelam, akasia (sejenis pokok kayu balak), nanas dan belimbing, mempunyai bau yang lebih kuat.
Ia menyamai madu dari New Zealand yang terhasil daripada lebah-lebah yang terbang mencari manisan dari pokok manuka.
Pada masa ini, Shaiful hanya menjual madu yang dibotolkan dengan jenama Madu Tree secara dalam talian pada harga RM44 bagi 500 gram berbanding RM98 (500 gram) madu yang diimport.
Shaiful menawarkan madu asli dan asas ternakan lebah yang boleh diperoleh melalui laman web http://carambolabeefarm.blogspot.com. – Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3L4cqMEWG 
Hakcipta terpelihara 


TEKNIK ASAS MEMBUAT LEBAH RATU

Masukkan larva lebah madu yang baru menetas usia 1 hari kedalam satu potong frame Royal jelly dan di tempatkan pada haif super ( haif lebah madu yang berisi koloni lebah madu minimal 2 tingkat).
Gunakan penyekat ratu untuk pisahkan kotak super lebah madu tersebut dengan ratu lebah berada di haif bawah dan frame royal jelly calon ratu lebah madu di tempatkan pada haif atasnya. Sehingga ratu lebah madu tidak bisa mendekati calon ratu lebah madu.


penyekat ratu
Biarkan  selama 11 hari sehingga calon ratu lebah menjadi kepompong.Setelah sebelas hari calon ratu di pindahkan ke haif lebah yang besisi koloni lebah tanpa ada ratunya.Pada hari ke 13 ratu lebah baru keluar kepompong dan akan menjadi ratu lebah oleh koloni lebah tersebut.Setelah seminggu ratu lebah siap untuk berkawin dan mengembangkan koloni lebah yang baru..

Thursday, 4 December 2014

KOS PERALATAN, OPERASI DAN PENDAPATAN BAGI MENTERNAK 10 KOLONI LEBAH MADU MELIFERA

Bagi memulakan penternakan 10 koloni lebah kita memerlukan 10 buah haif standard(kotak perumahan lebah). Anggaran harga seunit haif standard ialah RM 200.00, jadi kos 10 unit haif standard ialah RM 2,000.00.



Apabila jumlah koloni lebah mulai besar, penternak memerlukan haif super, ia itu haif untuk menaikkan haif sediaada kepada dua tingkat bagi menampung jumlah lebah yang banyak. Anggaran harga satu unit haif super ialah RM 100.00. Jadi untuk 10 unit memerlukan kos RM 1,000.00.

haif super


Setiap haif memerlukan 10 bingkai haif. Anggaran harga satu bingkai ialah RM 7.00, jadi kos satu kotak yang untuk pembelian haif ialah RM 70.00. Untuk 10 koloni lebah kos bingkai haif ialah RM 700.00. Bila bilangan lebah bertambah, jumlah kos yang sama diperlukan untuk membeli bingkai bagi haif super.

bingkai (frame) haif


Pembelian baka lebah daripada pembekal berwibawa merupaan antara kunci kejayaan. Anggaran harga satu koloni lebah eropah melifera  yang mempunyai seekor ratu dan 1.5 kg lebah pekerja ialah RM 1,000.00. Jadi untuk 10 koloni lebah memerlukan kos RM 10,000.00.

ratu lebah dikelilingi  lebah jantan dan lebah pekerja


Batu bata diperlukan untuk dijadikan tiang atau pelapik haif. Empat keping batu-bata diperlukan oleh setiap haif dengan anggaran harga RM0.50 setiap satu. Kos satu unit ialah RM 2.00, jadi untuk 10 unit haif penternak memerlukan kos RM 20.00.

Setiap haif memerlukan satu unit bekas makanan yang akan diletakkan makanan tambahan untuk menjamin lebah sentiasa mempunyai makanan yang mencukupi. anggaran harga satu bekas makanan ialah RM 10.00, jadi RM 100.00 diperlukan untuk membeli 10 unit bekas makanan.



frame bekas makanan tambahan - paling kanan

Satu unit topeng muka diperlukan untuk mengelak daripada gigitan lebah dengan anggaran harga RM 25.00. Satu unit pengasap dengan anggaran harga RM 135.00 diperlukan. Satu unit pemahat dengan harga RM 40.00 diperlukan. Satu unit berus lebah dengan harga RM 20.00 diperlukan.




Untuk tujuan mengeksrat madu, satu unit ekstraktor atau alat penggempar madu diperlukan dengan anggaran harga RM 1,300.00 disamping satu unit kontainer madu dengan harga RM 16 diperlukan.



Bagi menjamin lebah terus sihat dan berkembang biak, makanan tambahan perlu diberikan. Keperluan makanan tambahan lebih kritikal bila musim tengkujuh, musim bunga berakhir dan bila pintu haif lebah ditutup apabila kebun berdekatan disembur racun serangga dan racun kulat.

Untuk membuat makanan tambahan lebah, 200 gm pollen diperlukan bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga sekilo pollen yang biasa diimpot dari China ialah RM 65.00 satu kg.

makanan tambahan lebah

Tepung soya membekalkan protein kepada lebah.  Keperluan bulanan ialah sejumlah 200 gm tepung kacang soya bagi setiap haif. Anggaran harga tepung soya ialah RM 43.00 satu kg.

Gula pasir diperlukan sejumlah 400 gm bagi setiap haif sebulan. Anggaran harga gula pasir sekitar RM 3.00 satu kg.

Ubat hama diperlukan satu paket setiap koloni sebulan. Anggaran harga racun  hama yang boleh digunakan pada koloni lebah ialah RM 3.00 satu paket.

Ubat semut pula diperlukan satu paket setahun bagi setiap koloni, dengan harga RM 1.00 satu paket.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum ini, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pasir Putih, Kelantan, Yahaya Yaacob berkata, projek penternakan lebah dari Melbourne ini mampu menjana hasil pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan dengan kapasiti penternakan 10 koloni lebah sama ada di persekitaran rumah atau kebun yang sempit.

Untuk 10 haif ternakan lebah , boleh dijaga sendiri sebagai hobi atau sebagai kerja sampingan. apabila jumlah koloni lebah mencecah 50 haif, bolehlah mengaji seorang pekerja secara tetap.