BAKA (JENIS) LEBAH
i) Keran (Apis cerana) - juga dikenali sebagai lebah tawon, lebah apit-apit, lebah neron dll.
ii) Lebah hutan (Apis dorsata) juga dikenali sebagai lebah tualang, lebah layar dll.
iii) Lebah lalat (Apis florea)
iv) Lebah Eropah (Apis melifera)
Sumber makanan lebah terdiri dari makanan semulajadi seperti pokok-pokok yang tumbuh meliar di hutan seperti pokok gelam yang biasa tumbuh di hutan tanah beris di Kijal, Rantau Abang, Merchang, Pulau Kerengga dan Ru Tapai di Terengganu. Madu yang dihasilkan lebah dari bunga gelam merupakan madu yang terbaik malahan lebih tinggi nilai khasiatnya berbanding madu manuka.
Pokok gelam atau nama sintifiknya melaleucaca juputi biasa berbunga dari bulam mei hingga bulan november setiap tahun. Pada aprill penternak lebah telah membuat persiapan membawa koloni lebah mereka ke kawasan hutan pokok gelam bagi mendapatkan madu gelam
hutan gelam di Terengganu
|
pokok gelam |
|
bunga gelam |
|
bunga gelam
Aksia mangium merupakan pokok yang tidak berbunga tetapi mengeluarkan cecair gula atau nektar pada tangkai daun muda. Bagi kawasan tanaman hutan dengan pokok ini yang dijaga dengan baik dan sentiasa dibuat pruning bagi memastikanbatangnya lurus akan sentiasa mengeluarkan pucuk dan daun muda yang akan memberi sumber gula atau nektar kepada lebah madu.
hutan simpan akasia mangium di Terengganu
|
|
|
tangkai daun muda tempat air gula dikeluarkan |
|
sumber makanan lebah |
|
nektar akasia |
|
akasia mangium |
Selain daripada pokok hutan dan tumbuhan semulajadi dan tumbuhan liar, pokok-pokok yang ditamam petani seperti roselle, tebuatau dalam sistem perladangan komersial dan pekebun kecil juga merupakan sumber makanan terbaik kepada lebah speti ladang nenas, rambutan, belimbing, kopi , gajus, limau, kelapa, kopi, durian, getah, jambu batu, jambu mawar dan lain-lain.
Antara pokok hutan yang dapat memberi hasil yang baik kepada penternakan lebah ialah tembesu, gelam, kayu manis, semarak, nipah, akasia dan yellow flame dan lain-lain.
Lebah juga diternak juga memerlukan makanan tambahan yang perlu diberi terutama ketika musim hujan dan musim pokok berbunga telah habis. Makanan tambahan perlu bagi menjamin lebah terus sihat walaupun sumber makanan semula jadi tiada. Makanan tambahan juga penting bagi mengelakkan daripada lebah lari meninggalkan koloninya atau berpindah ketempat lain.
Lebah hidup dalam kooni secara berkasta yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam keharminan koloni lebah. Kasta lebah terdiri dari lebah ratu, lebah jantan dan lebah pekerja.
MENDAPATKAN BAKA LEBAH
Baka lebah tempatan boleh didapati dengan memindahkan koloni lebah liar kedalam haif. Perkara ini memerlukan kemahiran. Haif dan nektar tambahan perlu disediakan.
Cara kedua ialah membeli koloni lebah yang sudah establish dalam haif.
Peralatan asas yang yang diperluan ialah veil, topi , pengasap dan pengempar madu.
LEBAH EROPAH (APIS MELIFERA)
Merupakan lebah yang diimpot dari luar negara. Perlu disediakan haif, lilin landasan, nektar tambahan dan bekas nektar tambahan.
Jenis lebah eropah yang mempunyai nilai ekonomi ialah :-
i) Apis melifera lingustica Spin (Italian bees),
ii) Apis melifera melifera L (dark bee),
iii) Apis melifera carmica poliman (carnioland) dan
iv) Apis melifera caucaucasica gorb (caucasians)
|
koloni (haif) lebah eropah |
|
pintu keluar masuk lebah |
|
pemasang pollen trap pada pintu keluar masuk lebah |
|
haif lebah madu |
|
haif lebah madu eropah |
|
teknik mengumpul pollen |
|
lebah eropah |
|
lebah eropah |
|
lebah eropah |
|
lebah eropah |
|
koloni lebah (haif) dalam kelapa sawit |
Anak lebah atau nurse bee merupakan lebah pekerja yang baru lahir ke usia enam hari masih belum boleh terbang kerana sayapnya masih belum sempurna. Dapat dikenal dengan warnanya agak keputihan. Nurse bee ini berperanan sebagai pemberi makan royal jeli kepada ratu lebah. Anak lebah ini menerima makanan yang dibawa balik oleh lebah pekerja dan membawa makanan itu kepada ratu lebah. Ratu lebah akan mengeluarkan sejenis enzim yang membolehkan nurse bee tahu di mana ratu lebah berada.
Lebah pekerja mempunyai tanggung jawab pekerjaan yang berbeda-beda seuai dengan umur lebah pekerja tersebut. Sesaat setelah keluar dari kepompong larva lebah pekerja langsung mempunyai tanggung jawab untuk membersihkan sarang lebah dari kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal Jelly yang sangat diberi makan kepada larva lebah dan ratu lebah.
Royal jelly dihasilkan Lebah muda setelah lebah tersebut memakan madu dan bee pollen. Royal jelly di dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher lebah tersebut.
Lebah muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui Ratu Lebah makan Royal jelly sepanjang hidupnya.
Setelah lebah pekerjaberusia sekitar 3 minggu, lebah mempunyai tugas baru diluar sarangnya bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga atau pollen yang diolah menjadi bee pollen.
Lebah madu bisanya mencari nectar yang berjarak sekitar 3 km dari sarangnya.
|
anak lebah (nurse bee) |
|
anak lebah |
|
anak lebah |
|
anak lebah |
|
anak lebah |
|
sel ratu lebah |
Sel ratu lebah berukuran paling besar dan kedudukan tidak teratur. Kelihatan sel ratu bersaiz besar dan bewarna putih dan kedudukannya arah yang berlawanan dengan sel jantan dan sel lebah pekerja. Ratu lebah keran (apis cerana) bertelur 500 - 900 biji sehari manakala lebh impot apis melifera bertelur hingga 1,500 biji sehari.
|
telur drone |
Kelihatan di atas satu kelompok sel jantan yang membonjol keluar dan tertutup di bahagian atas. Jika diteliti terdapat titik hitam ditengah-tengah sel lebah jantan ini.
|
telur drone |
Terdapat empat peringkat kitaran hidup lebah ia itu peringkat telur, peringkat larva, peringkat pupa dan peringkat serangga dewasa.
|
kitaran hidu lebah |
|
lebah eropah |
|
perbandingan saiz lebah pekerja, jantan dan ratu |
|
ratu lebah |
|
lebah pekerja |
|
lebah eropah |
|
ratu lebah
Ratu lebah bersaiz paling besar dalam kasta lebah. Setiap koloni lebah hanya memerlukan seekor lebah ratu dengan jangka hayat ekonomik 2 tahun. ratu lebah dapat hidup sehingga lapan tahun.. Jantina ratu ialah bisexual (parthenogenesis) . Tugas ratu ialah bertelur. Ratu akan bertelur setelah tiga hari berkahwin. Penemuan oleh Janscha pada tahun 1771 lebah ratu berkahwin dengan lebah jantan di udara 'mating flight' selama 5-20 minit sebelah petang. Lebah jantan akan mati setelah berjaya mengahwini lebah ratu.
Lebah ratu akan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA) yang berperanan mengawal koloni lebah menjadi harmoni dan stabil. Ketiadaan hormon ini menyebabkan lebah pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan dalam sel ratu.
|
Ratu lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2,8 kali berat lebah pekerja,Ratu lebah sanggup bertelur 1500-2000 butir setipa harinya.
Ratu lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5 tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja.
Rahasia ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah makan royal jeli sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya makan royal jelly selama 3 hari pada saat menjadi larva.
|
ratu lebah |
|
ratu lebah |
|
frame dipenuhi sarang dan lebah pekerja
Dalam kasta lebah, lebah pekerja bersaiz kecil. Dalam satu haif bilangan lebah pekerja boleh melebihi 10,000 ekor iaitu antara 20,000 hingga 200,000 ekor. Semakin banyak bilangan lebah ini semakin banyak hasil satu koloni lebah. Jangka hanyat lebah ini antara 20 hingga 40 hari atau sehingga lebah ini menyengat mangsanya. Lebah ini merupakan lebah betina yang mandul.
Tugas lebah pekerja ialah membina kom tempat lebah ratu bertelur, menyimpan madu, royal jeli dan bee pollen. Mencari sumber makanan lebah, menjaga haif, lava, lebah jantan muda dan lebah ratu. Lebah ini akan mengumpul nektar, debunga dan propois. Lebah ini juga mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk dijadikan lebah ratu yang baru.
|
|
lebah jantan (drone)
|
Lebah jantan bersaiz sederhana. Dalam satu haif boleh terdapat lebah jantan sehingga 200 ekor atau tiada langsung.Lebah jantan boleh hidup sehingga 60 hari dan akan mati setelah berkahwin dengan ratu. Semua lebah jantan yang masih hidup adalah virgin.
Lebah jantan mempunyai saiz yang lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja. Ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset yang lebih banyak dari pada faset pada matalebah pekerja dan ratu lebah.
Lebah jantan tidak mempunyai paip penghisap madu dan juga tidak mempunyai tempat mengisi pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan lainunya. Fungsi utama lebah jantan adalah mengawini Ratu Lebah.